BEIRUT 19 Julai – Sekurang-kurangnya 21 orang awam terbunuh dalam serangan udara oleh tentera gabungan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di kubu kuat kumpulan pengganas Daesh di utara Syria, semalam.
Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, sekurang-kurangnya 15 orang awam terbunuh di utara Manbij manakala enam lagi terbunuh di sebuah perkampungan berhampiran bandar tersebut.
Kubu kuat kumpulan pengganas Daesh kini menjadi sasaran serangan tentera gabungan sejak lebih sebulan lalu menyebabkan beribu-beribu orang awam menjadi pelarian. – AFP
KOMEN