Home » Langit Terbuka » Syor tubuh bank data, noktahkan miskin tegar – Mohd Na’im

Syor tubuh bank data, noktahkan miskin tegar – Mohd Na’im

Foto Bernama

KUALA LUMPUR- Golongan miskin tegar perlu diselamatkan segera dan diberi perlindungan bagi memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin memperbaiki taraf hidup rakyat daripada terus dibelenggu kemiskinan.

Menurutnya, bantuan zakat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) perlu diselaraskan agar ia mudah diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

“Kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bukan sahaja menyalurkan bantuan tetapi turut membantu menoktahkan kemiskinan tegar.

“Saya juga ingin mengesyorkan penubuhan bank data maklumat penerima bantuan yang boleh diakses oleh semua agensi agar ia mudah diagihkan,” katanya ketika hadir di Pusat Transit Gelandangan di Medan Tunku dalam Program Jejak Gelandangan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, menurut Mohd Na’im kerjasama antara semua pihak adalah penting agar agenda Kerajaan Madani untuk memperkasa taraf hidup rakyat mampu dicapai.

Ujarnya, sasaran utama kerajaan adalah memastikan golongan gelandangan atau asnaf dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Kerjasama ini penting bagi membentuk masyarakat yang cakna, budi pekerti, akhlak dan keluhuran hati bagi membina masyarakat Madani,” katanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *