Home » Langit Terbuka » Syiah terkeluar Islam

Syiah terkeluar Islam

Mufti Selangor berkata, pihak agama negeri Selangor telah memfatwakan pengharaman ajaran Syiah di negeri itu yang telah berkuat kuasa pada 14 Februari 1998 kerana bercanggah serta menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

KUALA LUMPUR – Mereka yang mengikuti Syiah boleh terkeluar daripada landasan Islam sebenar berikutan fahaman itu bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pega­ngan umat Islam di negara ini.

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, umat Islam perlu berhati-hati dan menasihatkan mereka agar tidak mengiktiraf ajaran sesat.

“Pihak agama negeri Selangor telah memfatwakan pengharaman ajaran Syiah di negeri ini yang telah berkuat kuasa pada 14 Februari 1998 kerana bercanggah serta menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Mereka (umat Islam) perlu lebih berhati-hati dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan ajaran sesat bagi membendung penularan fahaman ini dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr, Mujahid Yusof berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan untuk tidak mengiktiraf fahaman Syiah sebagai satu daripada sektor ajaran Islam di negara ini.

Beliau berkata, menurut fatwa yang telah diwartakan, Syiah adalah satu fahaman yang tidak diiktiraf dalam agama Islam.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya berkata, tindakan tegas harus dibuat terhadap penyebar dan dalang di sebalik isu Syiah termasuk menghalang penyebaran dakyah seperti ceramah-ceramah di masjid, penulisan akhbar dan juga mendakwa pihak terlibat.

“Ini bukan isu baharu tapi telah lama disuarakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jadi tindakan sekeras-kerasnya perlu diambil kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhimpunan Belia Islam Dunia, Shahrin Awaludin pula berkata, semua pihak perlu berganding bahu mengadakan perkongsian ilmu mengenai penyelewengan fahaman Syiah kepada generasi baharu termasuk pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

“Saya menyeru semua pihak berganding bahu memperhebatkan perkongsian ilmu dan maklumat berkaitan penyelewengan fahaman Syiah khususnya kepada generasi baharu di sekolah dan IPT termasuk menyediakan program latihan dan pembangunan belia supaya mendapat kefahaman ajaran Islam yang betul,” katanya. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *