BANGI, 12 Okt. – Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul mendedahkan ajaran Syiah yang berpusat di Kedah khususnya di Pendang mula menyerap masuk ke Perlis.
Beliau berkata, penyebaran ajaran sesat itu dilakukan melalui pertubuhan tertentu.
Susulan itu, beliau menasihatkan orang Islam di negeri berkenaan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran berkenaan.
“Rakyat yang moderate (sederhana) yang menolak konsep pertumpahan darah dan sikap yang tidak demokratik yang mengkhususkan kepimpinan hanya untuk kelompok keluarga Nabi SAW dan agamawan semata pasti tidak dapat menerima idea-idea seperti ini.
“Apatah lagi, apabila membabitkan isu mengkafirkan dan mencerca para isteri Nabi SAW dan sahabat baginda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-ISMAWEB
KOMEN