Home » Langit Terbuka » Suu Kyi buat pusingan U isu Rohingya?

Suu Kyi buat pusingan U isu Rohingya?

YANGON – MYANMAR 1 Februari – Jika sebelum ini, veteran demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi enggan mengulas berkenaan isu dan situasi minoriti Rohingya di Rakhine, tetapi semalam, beliau seolah-olah membuat u-turn dengan memberi kenyataan berbeza.

Menurut Xianhua.net yang memetik laporan akhbar Mynmar Global News Light of Myanmar, Suu Kyi menggesa kumpulan majoriti untuk memainkan peranan sewajarnya dengan memelihara hak minoriti dan melindungi bahasa, budaya dan adat resam etnik minoriti.

Gesaan itu dinyatakan di Yangon dan dihadiri Pejabat Peguam Negara, pakar undang-undang dan juga ahli akademik.

Kenyataan itu dibuat di hadapan peserta bengkel bagi merangka undang-undang melindungi hak minoriti.

“Dalam melindungi hak-hak warga etnik, anda perlu bertanggungjawab.

“Kedaulatan undang-undang adalah untuk mempertahankan seluruh penduduk di negara ini di bawah perlindungan undang-undang yang memberi manfaat besar kepada rakyat, bukan menekan rakyat.

“Undang-undang perlulah adil dan saksama yang mana akan memberi manfaat kepada negara,” katanya.

Suu Kyi juga mahu undang-undang yang dirangka akan melindungi semua penduduk Myanmar dan bukan untuk menindas.

Terdahulu, penasihat parti liga kebangsaan bagi demokrasi (NLD) Suu Kyi, Ko Ni, yang memperjuangkan hak perwakilan warga Myanmar beragama Islam ditembak mati Ahad lalu. – https://www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *