Home » Langit Terbuka » Susulan viral: Mufti kata tak berdosa jika termakan daging babi

Susulan viral: Mufti kata tak berdosa jika termakan daging babi

Kejadian penghantar makanan (p-hailing) tersilap hantar pesanan sehingga anak pelanggan termakan daging babi panggang. - Foto (FB) Izham Nayan

GEORGETOWN: Seseorang Muslim yang termakan daging babi secara tidak sengaja atau tanpa diketahuinya, maka dia tidak dianggap berdosa, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata, hukum berkenaan adalah didasarkan kepada dalil al-Quran dan hadis.

“Termaklum bahawa daging babi adalah haram dimakan umat Islam berdasarkan nas yang jelas daripada al-Quran dalam surah al- Baqarah ayat 173.

“Ia bermaksud ‘diharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT,” katanya dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, maksud yang sama difahami juga daripada ayat 3 surah al-Maidah.

Katanya, firman Allah SWT bermaksud ‘dan tidaklah berdosa ke atas kamu dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (berdosa) dalam apa yang disengajakan oleh hati kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang (Surah al-Ahzab ayat 5)’.

“Ulama menasihatkan, jika seorang Muslim mengetahui bahawa dia sudah termakan daging babi dan mampu memuntahkannya maka dia hendaklah berbuat demikian,” katanya lagi.

Wan Salim mengulas mengenai laporan Harian Metro susulan kejadian penghantar makanan (p-hailing) tersilap hantar pesanan sehingga anak pelanggan termakan daging babi panggang.

Kisah itu dikongsikan pengguna Facebook (FB) Izham Nayan menerusi hantaran tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *