PADA 18 Februari sejurus selesai Mesyuarat Pasca Kabinet Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Haji Zamri Zainal Abidin telah menerima Surat Pelanjutan Pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YADIM bagi tempoh dua tahun bermula 15 Februari 2025 hingga 14 Februari 2027.
Surat pelantikan semula yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.
Semoga penyambungan perkhidmatan ini menjadi pencetus kepada gerakan dakwah yang lebih tersusun dan efektif di negara ini, selaras dengan agenda Malaysia Madani yang diterajui Perdana Menteri dan dikukuhkan lagi dengan Pelan Transformasi Al-Falah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Seluruh warga YADIM teruja dan mengucapkan tahniah di atas pelantikan semula ini.
Melestari Gerakan Dakwah!
KOMEN