KOTA KINABALU – Mempunyai ahli keluarga yang mengidap Talasemia memberikan cabaran yang sangat berat, apatah lagi untuk berdepan dengannya di saat kita sedang berdepan dengan Covid-19.
Bukan saja memerlukan pemindahan darah, malah keperluan lain juga perlu diambil kira. Namun itulah yang perlu dihadapi oleh Selly Onong, dari Tanjung Aru di sini apabila anaknya, Neowell Van Houttan, mengidap penyakit berkenaan.
Pemindahan darah untuk anaknya itu terganggu sejak negara dilanda Covid-19. Keadaan bertambah buruk apabila pendapatan suaminya yang bekerja di sebuah hotel turut terjejas.
Prihatin dengan nasib keluarga tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 26 Februari telah berkunjung ke kediaman mereka dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai untuk meringankan beban mereka.
Pengarah YADIM Sabah Samin Ongki berkata,pihaknya menyantuni keluarga ini, atas rasa tanggungjawab.
Jelasnya lagi, YADIM menyantuni semua golongan, walaupun berbeza latar belakang dan agama.
KOMEN