KOTA KINABALU – Nasib golongan Orang kurang Upaya di negeri ini tetap tidak dilupakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Pada 28 Jun, bersama dengan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB), YADIM Sabah menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada kepada 23 ahli Persatuan Orang Kurang Upaya Penglihatan Sabah/Sabah Assocation For The Vision Impaired (SAVI) yang amat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini.
Mereka yang bekerja sebagai tukang urut, pemain muzik dan lain lain lagi tidak dapat bekerja akibat situasi semasa.
Sumbangan disampaikan oleh Yang Berhormat Dr Aliakhbar Gulasan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang dilantik kepada Puan Sabrina Stawn selaku Presiden SAVI di Perkarangan Masjid Negeri Sabah.
Hadir sama ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki. Selesai acara di Masjid Negeri, YADIM Sabah menziarahi dan menyantuni sebuah keluarga yang menyewa bilik di Kampungg Air Kota Kinabalu.
KOMEN