SEKITAR musaádah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan di Senawang dan Ampangan pada 4 Julai.
Sebanyak 50 keluarga menerima sumbangan daripada YADIM Negeri Sembilan. Kesemuanya ialah mereka yang terjejas punca pendapatan akibat Covid-19.
Mereka yang menerima sumbangan adalah penduduk sekitar Kampung Panchor, Rumah Rakyat Seri Perdana Paroi, Taman Bukit Sri Senawang, Rumah Rakyat Pantai, Taman Dato Shah Bandar Ampangan, Kampung Baru Ampangan, Taman Megah Oakland dan Taman Desa Rhu Sikamat.
YADIM Negeri Sembilan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan strategik yang membantu menjayakan program ini.
KOMEN