Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk pesakit Talasemia oleh YADIM Sabah

Sumbangan untuk pesakit Talasemia oleh YADIM Sabah

Awang Rafizul Qhusairy Ag Rahim dikesan mengidap Thalasemia sejak berusia tiga bulan. Sejak itu keadaan kesihatannya tidak begitu baik.

Ibu bapanya juga perlu memberi perhatian yang khusus terhadapnya. Pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Pengalat Besar, Papar ini juga memerlukan perbelanjaan khusus bagi merawat penyakit yang dihadapinya.

Pada 4 Februari YADIM Sabah diwakili Pengarahnya, Samin Ongki telah menyumbang sedikit dana untuk keperluan keluarga ini.

Turut sama menyumbang ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawang, Rosli Ibrahim yang menyampaikan sumbangan tunai mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang, Yang Berhormat Datuk Haji Ghulam Haidar Khan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *