DUNGUN Â – Kampung Shukor yang terletak di pedalaman daerah ini merupakan antara Kawasan yang sering dilanda banjir saban tahun.
Prihatin dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 7 Januari telah berkunjung ke Kawasan tersebut bagi menyampaikan sumbangan. Ia merupakan misi banjir ke 11 untuk YADIM Terengganu.
Di kawasan ini , mangsa banjir sebahagian besarnya tidak diletakkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Â Sebaliknya dipindahkan ke rumah-rumah besar milik penduduk kampung yang sukarela dijadikan PPS alternatif memandangkan PPS sebenar turut dinaiki air.
Sebanyak 9 PPS sedemikian diwujudkan yang kini menempatkan lebih 100 keluarga.
YADIM Terengganu bersama 3 sukarelawan berkunjung ke salah sebuah PPS di Kampung Shukor yang menempatkan 12 keluarga mangsa banjir .
Sumbangan 15 set kit banjir dan kain solat wanita untuk keluarga mangsa banjir diserahkan kepada mereka.
Turut disumbangkan ialah sebidang tikar untuk kemudahan solat di PPS berkenaan.
KOMEN