SEPANG – “Terima kasih YADIM, kami harap sumbangan dan hubungan antara kita berkekalan,” ujar wakil guru Sekolah Kebangsaan Sungai Melut (A).
Demikian reaksi diterima kami dalam acara penyerahan sumbangan kepada komuniti Muslim kawasan ini.
Sebanyak 44 set barangan keperluan harian disampaikan kepada penduduk.
Setiap mereka juga menerima sedikit wang tunai daripada YADIM.
Barangan berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
Hadir sama ke acara ringkas penyerahan itu ialah Tok Batin Kampung Sungai Melut, Mat Ajin Anak Waya serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Melut (A), Alpikri Murid.
KOMEN