KEBUN BHARU – Lima keluarga di kampung ini yang menjalani kuarantin akibat Covid-19 menerima sumbangan daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat.
Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin pada 10 Julai.
Pada hari yang sama juga, tiga keluarga di Sijangkang berdekatan kawasan ini, yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan pula menerima sumbangan barangan keperluan harian, juga daripada SAY Kuala Langat.
Semoga sumbangan yang di hulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan sedikit beban mereka.
KOMEN