TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat konsisten menyantuni kelompok masyarakat yang memerlukan.
Menerusi program menyantuni rakyat mereka pada 5 Februari, sebanyak 10 keluarga di Kampung Medan di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai.
Sepuluh keluarga yang terlibat adalah warga emas, pesakit kronik serta ibu tunggal.
Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Hasmawi Mahidin.
Mereka sebelum ini telah menyampaikan sumbangan kepada komuniti yang terjejas dengan Covid-19 di Sijangkang, Kebun Bharu dan sekitar Banting.
KOMEN