Home » Citra Yadim » Sumbangan SAY Kuala Langat untuk mualaf

Sumbangan SAY Kuala Langat untuk mualaf

TANJUNG SEPAT – Selain anak yatim, golongan miskin dan warga emas, mualaf merupakan kumpulan yang sering disantuni Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat.

Program terbaharu bersama mereka ialah pada 30 Januari apabila 15 orang disantuni di sini.

Mereka menerima barangan keperluan dapur dan sedikit wang tunai yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

Program di jalankan di Surau Baitul Rahman Tanjung Sepat dimana  agihan disampaikan terus kepada para mualaf.

Pihak surau yang diwakili oleh Ustaz Haji Hanim Abdul Karim serta ahli jawatankuasanya dan para mualaf mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan yang disampaikan.

Mereka cukup teruja kerana ini merupakan kali pertama SAY Kuala Langat mengadakan program bersama sambil berharap kerjasama ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Semoga sedikit sumbangan ini dapat menggembirakan para mualaf yang disantuni.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *