BANTING – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) pada 3 April telah menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga yang memerlukan di Kampung Kelanang di sini.
Keluarga Omar Saidin, seorang asnaf di kampung tersebut dikenal pasti memerlukan sumbangan oleh SAY Kuala Langat ekoran terjejas kehidupan mereka dengan penularan Covid-19.
Hadir menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin.
Tiga lagi keluarga di kawasan sekitar menerima sumbangan kurma daripada mereka.
KOMEN