Home » Citra Yadim » Sumbangan Kembali Ke sekolah Mawar-Yadim dan Kelab Machang Penyayang

Sumbangan Kembali Ke sekolah Mawar-Yadim dan Kelab Machang Penyayang

MACHANG – Nasib golongan kurang berkemampuan dan wanita terus mendapat perhatian Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Kelab Machang Penyayang (KMP)

Prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka tidak lama lagi, MAWAR-Yadim dan KMP telah mengadakan program Seminar Transformasi Minda Wanita dan Penyampaian Sumbangan Kembali ke sekolah di Dewan Peladang di sini pada 25 Disember.

Majlis ini diadakan dengan kerjasama Badan bukan kerajaan IKRAM dan agensinya iBantu.

Pada majlis berkenaan seramai 38 keluarga pelajar menerima sumbangan bantuan persekolahan sumbangan KMP , IKRAM Tanah Merah dan Ibantu manakala 20 keluarga lagi menerima barangan keperluan harian dan wang tunai sumbangan Yadim dan KMP bagi meringankan beban mereka.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz turut hadir ke majlis ini, selain Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim, Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Ab Halim dan Penasihat KMP, Hj Che Ali Abdul Rahman.

Nik Omar dalam ucapannya kepada hadirin terutamanya pelajar, menekankan kepentingan mencari ilmu.

Menurutnya, tanggapan mencari ilmu selesai setelah kita tidak lagi bergelar pelajar adalah tidak benar.

Jelas beliau, pencarian ilmu perlu dilaksanakan semua tanpa mengira umur dan latar belakang. Menerusi ilmu katanya, seseorang itu akan dapat mengubah nasib diri, keluarga dan komunitinya.

Dr Hafidzah pula dalam sesinya menyentuh mengenai peranan dan cabaran dihadapi wanita pada ketika ini.

Katanya lagi, cabaran dihadapi wanita hari ini juga adalah akibat salah faham terhadap ajaran Islam itu sendiri, seperti tidak faham asas dalam menutup aurat, menyebabkan pemakaian tudung contohnya, dilakukan atas ikutan dan sekadar mengikut trend semata mata.

Terdahulu, Hj Che Ali dalam aluan ringkasnya melahirkan harapan agar program kerjasama dengan YADIM dan MAWAR ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, turut diadakan dalam program ini ialah perkongsian pengalaman dari seorang wanita yang menjadi bekas isteri seorang penagih. Menerusi perkongsiannya peserta didedahkan dengan cara dan prosedur yang betul jika berhadapan dengan cabaran kehidupan seperti ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *