Home » Citra Yadim » Sumbangan Musa’adah Covid 19 YADIM-YaPEIM Kelantan

Sumbangan Musa’adah Covid 19 YADIM-YaPEIM Kelantan

TOK BALI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Kelantan pada 7 Mei telah bekerjasama menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan di sini.

Sebanyak 10 keluarga di sini dan Selising disantuni kedua agensi dakwah ini dalam satu program bersama. Mereka terdiri daripada asnaf, golongan Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik.

Mereka yang disantuni YADIM menerima sumbangan barangan keperluan harian yang ditaja oleh seorang penderma enggan dikenali.

Usaha ini selaras dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, yang mahu setiap agensinya turun padang menyantuni mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *