JERAI – Covid-19 masih berada di sekeliling kita dan belum menunjukkan tanda reda.
Malah di negeri ini, kerajaan kini menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lima daerah bagi membendung penularan wabak ini.
Pelaksanaan PKP sudah tentu memberi kesan yang bukan sedikit kepada orang ramai, lebih lebih lagi asnaf dan golongan B40.
Cakna dengan situasi tersebut , Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pantas tampil menghulurkan bantuan.
Dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Darul Aman Care, Pertubuhan Kebajikan Al Faizin Dan Jabatan Perpaduan Negara, seramai 40 warga emas dan asnaf disantuni dalam satu majlis di Surau Pondok Haji Majid di sini.
Hadir ke majlis ini ialah Ahli Parlimen Jerai, Yang Berhormat Ustaz Sabri Azit, Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara Daerah Yan, Puan Nasrita, Pengerusi Pondok Haji Majid, Ustaz Mohamad Ismail serta wakil wakil komuniti.
Selesai acara di dewan, peserta program juga hadir menziarahi asnaf yang memerlukan di kediaman mereka untuk menyampaikan sumbangan.
KOMEN