SERAMAI 15 keluarga asnaf menerima sumbangan Bakul Rahmah daripada YADIM Kelantan dalam Program Keselamatan dan Kesejahteraan Komuniti Kampung Gelong Badak, Bachok pada 28 Oktober.
Ia disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Aktiviti sukaneka, persembahan silat dan cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan suasana serta mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.
Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Cakna Insan dan Sejahtera Komuniti Gelong Badak bersama YADIM Kelantan.
KOMEN