Home » Citra Yadim » Sumbangan bakul makanan pelajar Muslim SMJK (C) Chan Hwa

Sumbangan bakul makanan pelajar Muslim SMJK (C) Chan Hwa

SEREMBAN – Syawal bakal menjelang tidak lama lagi. Perayaan ini sewajarnya disambut dengan ceria oleh semua.

Untuk itu, YADIM Negeri Sembilan secara pro aktif telah berusaha menyantuni golongan yang memerlukan bagi membantu mereka menyambut Aidilfitri dengan gembira.

Untuk itu, seramai 20 bakul makanan telah disampaikan kepada pelajar pelajar Muslim di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Chan Hwa di sini pada 28 April.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hassanak Haris dan Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Muhammad Muzzammil Musbah.

Sumbangan ini diterima oleh wakil pihak sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Koh Nee Kien dan Guru Pendidikan Islam, Ustaz Abu Bakar Mamat.

Selesai menyampaikan sumbangan, YADIM kemudiannya dibawa melawat surau dan bilik Pendidikan Islam di sekolah berkenaan di mana aktiviti – aktiviti bagi pelajar dan guru Muslim dilaksanakan.

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *