MANGSA-mangsa bencana banjir yang menimpa utara Negeri Kedah terus disantuni oleh YADIM Negeri Kedah dan Perlis.
Terbaharu pada 1 Oktober, seramai tujuh keluarga penduduk Kampung Pulau Timbul, Tunjang telah menerima sumbangan Bakul Madani yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Ahmad Afif Zuhdi Ahmad Zaki bersama Sukarelawan YADIM.
Mereka yang sebelum ini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tunjang mula pulang ke rumah masing-masing bagi membersihkan dan mencuci kawasan kediaman yang terjejas akibat bencana itu.
Penerima yang kebanyakannya bekerja sendiri, mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan yang ditunjukkan YADIM Negeri Kedah dan Perlis ini.
KOMEN