SAMARAHAN – Semua kanak kanak berhak dan perlu diberikan peluang mendapatkan Pendidikan, tidak kira di mana mereka berada, baik di bandar mahupun luar bandar.
Seringkali kita diberitakan tentang kisah kisah kejayaan para pelajar luar bandar, yang disebalik pelbagai kesukaran, tetap cemerlang dalam pelajaran mereka.
Sebagai salah satu usaha menyantuni golongan ini, dan ada masa yang sama melestari Gerakan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak baru baru ini telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Musaad Deen Kuching bagi menjayakan projek bantuan alat tulis di Sekolah Kebangsaan Beliong di sini.
Menerusi program Back To School ini, 70 set alat tulis dan alat tulis disampaikan kepada pelajar sekolah berkenaan yang kurang berkemampuan.
Perjalanan ke sekolah berkenaan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kuching ke Pangkalan Beliong.
Seterusnya mereka menaiki sampan untuk sampai ke destinasi kerana ianya satu satunya pengangkutan untuk sampai ke sekolah berkenaan.
YADIM Sarawak diwakili oleh Penolong Pegawainya, Zamri Bali manakala Pertubuhan Kebajikan Musaad Deen Kuching oleh Pengerusinya iaitu Ustaz Muhammad Syahidan Elias.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Beliong, Mohd Hatta bin Abdul Wahab hadir sama ke majlis ini.
Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan sedikit beban keluarga pelajar pelajar tersebut.Terima kasih kepada pihak Pertubuhan Kebajikan Musaad Deen Kuching di atas usahasama ini.
KOMEN