SIDAM KIRI – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani meneruskan usahanya menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 di kawasan ini.
Terbaharu pada 17 Julai sebanyak 15 keluarga dari golongan pesakit kronik, ibu tunggal dan warga emas disantuni . Mereka merupakan penduduk dari Kampung Lubuk Saga, Kampung Padang Buluh dan Kampung Baru Pinang Tunggal.
Sumbangan ini diharap dapat memberi keceriaan kepada mereka terutamanya dalam menyambut Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.
Wakil penduduk yang ditemui mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YADIM kerana mereka yang disantuni benar benar memerlukan sumbangan ketika ini.
Â
KOMEN