Home » Langit Terbuka » Sultan Perak larang imam luar negara pimpin tarawih

Sultan Perak larang imam luar negara pimpin tarawih

Jabatan Mufti Perak mengesyorkan masjid-masjid dan surau-surau di negeri itu menggunakan khidmat pelajar tahfiz tempatan untuk memimpin solat tarawih. - Foto Kosmo

PETALING JAYA – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Sultan Azlan Shah tidak membenarkan imam-imam dari luar negara menjadi imam tarawih di semua masjid di negerinya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Oleh itu, Jabatan Mufti Perak mengesyorkan masjid-masjid dan surau-surau di Perak menggunakan khidmat pelajar tahfiz tempatan untuk memimpin solat tarawih.

“Sultan Perak tidak benarkan imam-imam dari luar negara menjadi imam solat sunat tarawih di masjid-masjid dan surau-surau di Perak,” kata Harussani dalam kenyataan pada 3 Mei.

Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), dalam kenyataan, memaklumkan Sultan Nazrin memperakui pandangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Kali Ke-216 pada 16 Januari lalu bagi penetapan harga zakat fitrah di negerinya.

Pembayaran zakat fitrah bagi 2019 di Perak ditetapkan pada 3 pilihan harga iaitu RM7, RM14 dan RM21.

“Harga minimum perlu dibayar setiap individu yang berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah ialah RM7. Adalah digalakkan pembayar fitrah membayar melebihi kadar tersebut.

“Ia mengikut beras dimakan atas dasar tatawwu’, iaitu RM14 bagi penggunaan beras wangi, beras putih import, beras perang, beras pulut dan herba poni, sementara RM21 bagi yang menggunakan beras basmathi, beras Jepun, beras merah dan seumpamanya,” katanya.- FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *