KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur tindakan sesetengah pihak mengenai hadis Sultan sebagai bayangan ALLAH di muka bumi ini.
Menerusi ciapan di Twitter, Dr. Zulkifli berkata, pencerahan mengenai hadis tersebut pernah dijelaskan.
Saya telah jelaskan sejak 2018. Baca terlebih dahulu sebelum cipta persepsi.
“Bayangan ALLAH itu menurut al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir seperti tempat berteduh dan perumpamaan teduhan apabila pemerintah itu memerintah dengan adil.
“Ia juga bermakud kemuliaan dan kekuasaan,” tulisnya.
Beliau menambah, sudah menjadi kelaziman Jakim untuk buat hantaran hadis-hadis.
“Alhamdulillah, saya suka apabila semakin ramai mula ingin mengenali hadis, termasuk memahami hadis daripada sudut ilmu dirayah dan ilmu riwayah, tidak ‘cherry-picking’,” katanya.
Terdahulu, Jakim memuat naik sebuah hadis telah menjadi perhatian apabila ramai mendakwa ia adalah hadis daif dan tidak wajar dipaparkan kepada umum.
KOMEN