Home » Langit Terbuka » Sultan Abdullah disifatkan pemerintah mengutamakan rakyat

Sultan Abdullah disifatkan pemerintah mengutamakan rakyat

Menjadi individu terawal bersama isterinya Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melawat mangsa bencana di segenap pelusuk negeri, Sultan Abdullah kadang kala dilihat sanggup mengetepikan protokol bagi bersama menyelami kesusahan rakyat, kata ahli Parlimen Kuantan. - Foto FMT

KUANTAN: Sifat mendahulukan dan mengutamakan rakyat menjadi perkara utama yang terlintas dalam bicara rakyat di negeri ini apabila merungkai keperibadian Sultan Pahang keenam, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menjadi individu terawal bersama isterinya Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melawat mangsa bencana di segenap pelusuk negeri, Sultan Abdullah kadang kala dilihat sanggup mengetepikan protokol bagi bersama menyelami kesusahan rakyat.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, memaklumkan keperibadian sebegitu menjadikan Sultan Abdullah terus diingati malah dirindui rakyat di negeri ini disebabkan sikap rendah diri baginda terhadap segenap lapisan masyarakat.

“Kalau ditanya kepada rakyat Pahang bila berlaku sesuatu bencana seperti banjir atau kebakaran, sudah tentu mereka akan menyebut baginda adalah orang terawal menziarahi rakyat dan bertanya khabar.

“Sikap ini sudah dilakukan baginda sejak muda lagi ketika menjadi Tengku Mahkota Pahang dan diteruskan hingga ke hari ini,” katanya di sini, hari ini.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), menzahirkan perasaan bangga dan teruja diatas pemasyhuran Sultan Abdullah bagi menggantikan ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Beliau mendoakan kesejahteraan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah supaya terus mentadbir negeri dengan makmur dan dilimpahi rahmat.- Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *