BALING – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kampung Bok Bak pada 28 November telah menziarahi seorang wanita yang menjadi mangsa kejadian tikam.
Prihatin dengan nasib wanita berkenaan yang tinggal bersama dua anak dan ibunya yang sudah tua, YADIM menghulurkan bantuan barangan keperluan harian kepadanya.
Dalam kejadian pada 17 Oktober lalu, wanita berusia 36 tahun itu cedera setelah ditikam sebanyak dua kali di perutnya dalam satu pertemuan dengan suaminya.
Ekoran kejadian tersebut, dia menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
YADIM Kedah diwakili oleh Pengarahnya, Hafsah Husain serta Pengerusi Sukarelawan YADIM Kampung Bok Nak, Abu Hassan Musa.
Pada hari yang sama, YADIM Kedah juga mengadakan Program Bulan Dakwah 2020- Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) di Surau At Taawun, Simpang 3, Kampung Bok Bak.
Ceramah disampaikan oleh penyelaras YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohammad.
Peserta diberi pendedahan tentang aspek pengurusan jenazah seperti mandi, kafan, solat dan lain lain.
Seramai 47 peserta menyertai program ini.
Hadir sama Pengerusi Surau At Taawun, Haji Abdul Talib Abdullah.
KOMEN