CUACA Baik di Terengganu dimanfaatkan oleh Sukarelawan YADIM untuk program pasca banjir menyantuni mereka yang memerlukan.
Pada 12 Januari Sukarelawan YADIM Jerangau menyantuni 10 keluarga miskin mangsa banjir di Kampung Jerangau Sungai, Hulu Dungun.
Mereka yang disantuni merupakan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan selain hidup serba daif.
Malah ada di kalangan mereka tidak mempunyai bekalan elektrik dan sumber air bersih.
Turut turun padang menyantuni di kawasan tersebut ialah wakil SAY Jerangau Sungai, Encik Mohd Arfan Tahir.
KOMEN