MACHANG – Menjelang hari hari terakhir Ramadan, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Machang meneruskan program ziarah asnaf mereka ke Kampung Bukit Bakar, Kampung Takel Luar, Kampung Belukar Kubur dan Kampung Kelaweh di sini.
Sebanyak 15 keluarga miskin tegar, Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik telah disantuni menerusi ziarah ini.
Sumbangan barangan keperluan harian telah disampaikan oleh Ketua SAY Machang, Khairul Khalid.
Turut hadir Timbalan Ketua SAY Machang, Cikgu Wan Ahmad Tarmizi dan lima ahli pasukan tersebut.
Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM.
KOMEN