Home » Langit Terbuka » Suhakam Rayu Kerajaan Masuk Campur Isu Pelarian

Suhakam Rayu Kerajaan Masuk Campur Isu Pelarian

Tan Sri Razali Ismail berkata krisis itu telah mengakibatkan jumlah peningkatan luar biasa pelarian mendapatkan perlindungan di Malaysia dan juga di negara-negara lain.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutamanya Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas kegagalan menamatkan konflik dan peperangan yang tidak berkesudahan seperti di Yemen, Syria, Palestin dan Myanmar.

Pengerusi suruhanjaya tersebut Tan Sri Razali Ismail berkata krisis itu telah mengakibatkan jumlah peningkatan luar biasa pelarian mendapatkan perlindungan di Malaysia dan juga di negara-negara lain.

Beliau berkata sempena Hari Pelarian Sedunia, mereka berdiri teguh bersama 68 juta pelarian di seluruh dunia.

“Dalam isu Yemen, atas dasar kemanusiaan, Suhakam merayu kepada kerajaan baharu Malaysia di mana dalam penaksiran kami, kerajaan sebelum ini tidak mempunyai mandat daripada rakyat untuk menamatkan dan membebaskan diri daripada terlibat dalam konflik yang seolah-olah dilakukan dengan kerahsiaan dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suhakam juga menyambut baik komitmen kerajaan dalam aku janji pilihan raya terutamanya janji 35 untuk memastikan pelarian diberikan ‘hak untuk bekerja’ yang mana ia akan mengurangkan keperluan negara terhadap tenaga pekerja asing dan ‘mengurangkan risiko penglibatan pelarian dalam kegiatan jenayah dan perniagaan haram’ kerana dengan pelaksanaan yang cekap, dalam jangka masa yang panjang ia akan menyediakan rangka kerja dan protokol yang mapan dalam mengurus dan memproses pelarian di Malaysia. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *