STREET Dakwah Harmoni anjuran YADIM Terengganu dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Pulau Perhentian kini memasuki siri ke 2.
Program pada 14 hingga 17 September di Masjid Ar-Rahman Pulau Perhentian, Besut itu mensasarkan untuk menyantuni para pelancong asing yang berkunjung ke masjid berkenaan, khususnya yang bukan Muslim.
Seramai empat anggota SAY Pulau Perhentian terlibat kali ini, yang menyaksikan mereka memberi pencerahan mengenai solat sebagai ibadah dalam Islam kepada pelancong dari China, Jerman, Sepanyol, Columbia serta Denmark.
Street Dakwah Harmoni akan diteruskan lagi selepas ini, hasil daripada impak positif yang ditunjukkan.
Program yang ringkas, namun memberi impak berkesan. Syabas diucapkan kepada YADIM Terengganu dan SAY Pulau Perhentian.
KOMEN