Home » Kenali Kami » Strategi

Strategi

Strategi

Bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan , pihak pengurusan YADIM akan menjalankan strategi berikut :

  • Mengumpul dan memanfaatkan tenaga para ulama, intelektual dan profesional Muslim dalam sessi percambahan fikiran ke arah melahirkan pemikiran-pemikiran bernas, dinamik dan bijaksana berteraskan petunjuk Al- Quran dan potensi ilmu pengetahuan untuk dikembangkan dalam masyarakat.
  • Menganjur dan melaksanakan program-program seminar, forum, ceramah, bengkel dan sebagainya untuk meningkatkan kefahaman mengenai Islam.
  • Menerbitkan majalah-majalah, buku-buku dan lain-lain penerbitan untuk diedarkan secara percuma atau jualan untuk mempromosikan kebaikan Islam dan pada masa yang sama menepis fahaman yang tidak benar mengenai Islam dan juga prinsip-prinsipnya di dalam media.
  • Mengguna-pakai teknologi baru termasuk informasi IT dan multimedia untuk aktiviti dakwah yang lebih efektif dan perkhidmatan yang lebih teratur dan pantas.
  • Memberi pertolongan kebajikan, kemanusian dan juga bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana alam, termasuk juga orang fakir miskin, mahupun yang Islam atau bukan Islam, orang Asli termasuk orang pri-bumi di Sabah dan Sarawak. Pertolongan yang diberikan ini untuk meringankan beban kesusahan mereka dan meningkatkan kesedaran tentang kebaikan agama Islam.
  • Mewujudkan dana kewangan yang kukuh bagi membiayai kegiatan dakwah dan juga memberi sokongan dalam bentuk sumbangan kewangan kepada badan-badan lain yang berkenaan, persatuan-persatuan pelajar dan belia dan juga badan-badan bukan kerajaan.
  • Melahirkan pekerja-pekerja yang terlatih dan berkualiti untuk kegiatan dan aktiviti dakwah dengan mengimplimentasikan modul-modul latihan dan strategi bagi staf dan ahli pakar yang lain.
  • Menganjurkan aktiviti silaturrahim dan juga program-program luar-daerah (outreach) untuk kumpulan-kumpulan tertentu bagi menghebahkan dakyah Islam dengan menggunakan masjid sebagai tempat berkumpul.
  • Memberi perkhidmatan pentadbiran yang boleh diguna-pakai dengan pantas dan efisien kepada para usaha-sama, para penganjur dan para penyokong di dalam dan di luar negara didalam aktiviti-aktiviti dakwah dan program.

Artikel Berkaitan

Tanggapan salah terhadap dialog

Apabila disebut dialog antara agama, sebahagian besar masyarakat Malaysia khususnya orang Islam memandang negatif dan menolak keberadaan mekanisme dialog antara agama di

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *