KUALA LUMPUR – Senarai perisytiharan harta menteri Kabinet dan ahli Parlimen yang sepatutnya dipaparkan di portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Oktober ini ditunda ke 15 Oktober.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata penangguhan itu dibuat memandangkan semua menteri Kabinet dan ahli Parlimen belum genap tiga bulan tempoh perkhidmatan mereka.
“Sepatutnya 1 Oktober ini tapi kita tangguhkan dua minggu kepada 15 Oktober untuk semua menteri Kabinet dan ahli Parlimen untuk isytiharkan harta mereka.
“Senarai harta ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan pihak SPRM sebelum kita siarkan di Portal SPRM,” katanya selepas majlis deklarasi dan menandatangani ikrar bebas rasuah ketua-ketua jabatan Bernama di sini, hari ini.
Menurutnya, setakat ini perisytiharan harta tidak melibatkan Adun dan kepimpinan di peringkat negeri. – Sinar Harian
KOMEN