Home » Langit Terbuka » SOSMA Akan Dimansuh – Dr Mahathir

SOSMA Akan Dimansuh – Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata SOSMA yang diperkenalkan ketika pemerintahan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membolehkan kerajaan menangkap sesiapa sahaja tanpa perlu dibawa ke mahkamah

SHAH ALAM – Kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang banyak menindas rakyat khususnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata SOSMA yang diperkenalkan ketika pemerintahan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membolehkan kerajaan menangkap sesiapa sahaja tanpa perlu dibawa ke mahkamah.

“Undang-undang Najib kalau dia tangkap tidak bawa ke mahkamah, kalau mati tiada inkuiri dan tiada tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka yang membunuh individu yang ditangkap itu. Itu undang-undang yang diluluskan oleh Najib dan kami akan mansuhkan undang-undang itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi Tabung Harapan anjuran Gabungan Persatuan Cina Klang di sin.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya akan berpegang kepada kedaulatan undang-undang dengan menguatkuasakan undang-undang yang akan melindungi rakyat.

“Rakyat akan dilindungi dengan undang-undang adil supaya apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mereka jika ada, akan ditentukan oleh mahkamah dan mahkamah akan tentukan salah atau tidaknya seseorang itu,”katanya. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1482629

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *