Home » Langit Terbuka » SOP baharu umrah telah siap: Nancy

SOP baharu umrah telah siap: Nancy

SOP baharu melibatkan masalah kuarantin dan insurans perlindungan jemaah umrah sekembalinya ke tanah air - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA – Garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu ibadah umrah yang dikemas kini oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah siap sepenuhnya.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara yang diperhalusi di dalam SOP baharu itu melibatkan masalah kuarantin dan insurans perlindungan jemaah umrah sekembalinya ke tanah air.

Bagaimanapun, beliau berkata, SOP berkenaan belum dimuktamadkan lagi buat masa ini.

“SOP ini perlu dipersetujui oleh pihak-pihak berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diumumkan,” katanya pada sidang akhbar majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia di kementeriannya dekat sini pada Khamis.

Mengulas mengenai kekeliruan yang timbul sama ada boleh meneruskan penerbangan umrah pada 8 Februari depan, Nancy menjelaskan, ia tidak semestinya dilaksanakan pada tarikh tersebut kerana banyak perkara perlu dimuktamadkan.

“Sebelum ini diumumkan penggantungan selama satu bulan dari 8 Januari sehingga 7 Februari…Tidak semestinya (8 Februari) terbang terus, mungkin kena uruskan SOP dan tempahan serta sebagainya.

“Saya tidak kata boleh terus terbang tetapi ikut perkataan (yang digunakan) boleh bermula,” katanya.

Nancy pada Rabu mengumumkan kabinet bersetuju memutuskan untuk membenarkan semula ibadah umrah bermula 8 Februari depan. – Kumpulan Karangkraf

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *