Home » Citra Yadim » Solat hajat mendoakan kesihatan YDPA

Solat hajat mendoakan kesihatan YDPA

SATU Majlis ringkas Solat Hajat mendoakan kesihatan, keselamatan dan keberkatan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim anjuran YADIM, Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) dan Masjid Ibnu Mas’ud , Kuala Lumpur telah diadakan pada 10 Februari.
Lebih 150 orang jemaah hadir terdiri daripada Ahli Jawatankuasa dan ahli PAMJ, Ahli Jawatankuasa Masjid serta masyarakat setempat.
Antara tetamu yang hadir ialah Presiden PAMJ, Dato’ Sri (Dr) Syed Hussein Syed Abdul Kadir Al Habshee, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan isteri, Datin Sharifah Mahiza Syed Abdul Kadir al-Qadri, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Fauzi Abidin , Naib Presiden PAMJ, Encik Mohd Farhan Basheer serta Yang Dipertua MUBARAK Johor, Dato’ Abdullah Md Ali.
Tidak ketinggalan ialah Brigedier Jeneral (B) Dato’ Seri Abdul Rahim Abdul Rahman dan mantan Duta Malaysia ke Bahrain, Datuk Agus Salim Yusof.
Datuk Hasanuddin telah menyampaikan tazkirah betapa pentingnya kita sentiasa hadir ke majlis-majlis yang disebutkan di dalamnya nama Allah; samada majlis zikir atau majlis ilmu, saling mendoakan sesama yang hadir serta merasakan keberkatan bertemu dan berukhuwah bersama ulama’, pemimpin, orang-orang soleh termasuk anak-anak muda.
Mendoakan pemimpin seperti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, secara terbuka mahu pun bersunyi-sunyi ketika berseorangan tentunya akan mendapat perhatian Allah SWT.
Semoga Tuanku dan seluruh Ahli Kerabat Diraja terus dilimpahi dengan rahmat, diberi umur yang panjang, sihat, berada dalam kebahagiaan dan ketakwaan dalam menjalankan tugas.
DAULAT TUANKU!

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *