KUALA LUMPUR 14 Dis. – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Â Johor Bahru diisytiharkan pemenang bagi Hadiah Pertandingan Video Pendek Celik Muamalah Umbrella Award 2016 bertempat di Dewan Persada Mutiara, Felda Villa Kuala Lumpur pada 13 Disember.
Pasukan yang dianggotai oleh Siti Maisarah Radzali, Nursyafikah Mohd Karis, Maizatul Akmal Zulkifli, Nur Atikah Balqis Samsudin dan Muhammad Danial Hakimi Nor Shaifulizam mengalahkan 29 penyertaan yang lain dalam pertandingan yang iadakan julung-julung kalinya itu.
Dengan kemenangan itu, SMKA Johor Bahru yang dibimbing oleh guru mereka, Ahmad Fazril Alias, Â menerima hadiah wang tunai RM3,000, sijil dan plak yang disampaikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad.
Tempat kedua pertandingan itu dirangkul oleh Kolej Islam Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dianggotai oleh Nor Hatini Muhamad Rapi, Ummu Aiman Ghufron, Nurainie Azman,  Nur Fatin Abdul Talib dan Nur Zulaikha Husain. Mereka menerima hadiah wang unai RM2,000.
Manakala, Ahmad Danial Arif Muzafar dari Kolej Vokasional Kuantan menerima hadiah tempat ketiga untuk meraih hadiah wang tunai RM3,000.
Sementara itu dua hadiah sagu hati masing-masing dimenangai oleh Kolej Islam Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim.
KIAS dianggotai oleh Zaati Hanani Abdul Halim, Nurul Najihah Ismail, Nursyafiqah Ab Aziz, Nor Hazirah Sidek dan Nur Diyana Mohd Daud, manakala Politeknik Sultan Azlan Shah diwakili oleh Shalani Ramesh, Jeremiah David Daevid, Kirubasheni Morosalimaran, Badrishah Muhamad Hanafiah dan Maline Baskaran.
Pertandingan berkenaan yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai muamalah Islam kepada generasi muda telah menerima penyertaan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Sains Islam Malaysia, Univerisiti Teknologi Mara, Kolej Islam Sultan Ismail Petra, Kolej Univerisiti Islam Melaka, Kolej Vokasional Kuantan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru, Politech Mara Semporna dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim.
KOMEN