MAJLIS Tilawah, Tafsir dan Hafazan al-Quran (MTTHQ) Institut Pendidikan Guru (IPG) Peringkat Kebangsaan 2024 diteruskan lagi dengan pengisian Slot Khas Kepimpinan Madani daripada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bertajuk ‘Peranan Generasi Pendidik Dalam Penghayatan Teras Malaysia Madani’.
Seramai 162 orang peserta MTTHQ dalam kalangan bakal pendidik menyertai sesi para 20 April ini. Objektif pengisian ini adalah untuk memberi penghayatan agar mereka mempunyai semangat mendidik selaras dengan nilai-nilai utama Aspirasi Malaysia MADANI.
Antara intipati amanat Ustaz Zamri ialah agar jiwa dan tanggungjawab sebagai pendidik perlu disemai dari awal dalam diri para peserta MTTHQ dan berpegang dengan nilai Daya Cipta kerana peranan guru sangat besar dalam membangun potensi dan membina masa depan anak bangsa.
Turut hadir ke sesi kali ini ialah Ketua Jabatan Ilmu dan Pendidikan IPGM Kampus Pulau Pinang, Dr Ahmad Zuhri Ishak, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Encik Shahrizal Mat, serta pegawai-pegawai daripada Bahagian tersebut.
KOMEN