Home » Citra Yadim » Silang budaya dan agama:  Pelatih ADMY adakan sesi dialog bersama wakil Budha, Kristian

Silang budaya dan agama:  Pelatih ADMY adakan sesi dialog bersama wakil Budha, Kristian

KAJANG – Dengan fokus untuk melahirkan pendakwah yang benar benar berkeupayaan, pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) didedahkan dengan program lapangan yang melatih mereka dalam keadaan dunia sebenar.

Antara latihan tersebut ialah untuk berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi mewujudkan suasana harmoni dan dakwah yang berkesan. Untuk itu pada 4 Oktober, 28 pelatih ADMY telah berkunjung ke  Buddhist Missionary Society Malaysia dan Holy Family Church di sini.

Kunjungan dengan kerjasama Global Unity Network ini juga untuk memberi pendedahan kepada para pelatih untuk memahami budaya dan berlainan agama.

Di Buddhist Missionary Society Malaysia, Presidennya, Loh Pai Ling dalam sesi dialog berkata, untuk menyampaikan keharmonian tidak semestinya menerusi ucapan, kerana dalam diam itu ada ketenangan. Beliau juga menyatakan bahawa manusia sememangnya tidak sempurna, justeru jika tidak mampu kita perlu meminta pertolongan juga.

Saudara Khairul Anwar selaku wakil ADMY pula berkata, di saat ada yang cuba memulakan percikan api perbalahan maka sewajarnya kita jadilah orang yang menjaga keharmonian antara bangsa dan agama.

Ketika di Holy Family Church pula, Rev. Fr. Michael Chua selaku Ketua Gereja berkata, asas-asas  prinsip keharmonian menurut perspektif Kristian adalah kasih dan cinta. Jika mahukan kedamaian dan harmoni, maka perlu ada dalam individu itu sendiri rasa kasih dan cinta.

Wakil ADMY, saudara Ali dalam sesi dialog menyebut, kunci untuk hidup dalam harmoni tidak lain dan tidak bukan ialah saling sayang menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Sesi dialog ini mendapat sambutan sangat baik di gereja ini. Seorang peserta, Madam Punitha jelas teruja dengannya kerana menurutnya, dialog seperti ini jarang diadakan, justeru ujarnya perlu dilaksanakan lebih kerap untuk menyantuni masyarakat yang berlainan agama.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *