Putrajaya – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima pengiktirafan dan dianugerahkan Sijil Audit Tanpa Teguran selama dua tahun berturut-turut bagi Laporan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 daripada Juruaudit Bertauliah, Zurin & Co.
Sesi Pembentangan Laporan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 telah disampaikan oleh Badrul ‘A’rifin Mohd Yasin selaku Juruaudit Zurin & Co pada 12 Ogos 2020 di Ibu Pejabat YADIM pada 12 Ogos kepada Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arif Tuan Soh, pegawai pegawai daripada Sektor Kewangan serta Unit Audit dan Kualiti YADIM.
Pada pendapat para juruaudit bertauliah tersebut, YADIM telah menyediakan Penyata Kewangan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2019 dengan wajarnya menurut Piawaian Laporan Entiti Persendirian Malaysia (MPERS) dan keperluan Ordinan Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 di Malaysia.
Ustaz Nasrudin yang melahirkan rasa gembira dengan kejayaan itu berkata, ia membuktikan YADIM berjaya menguruskan dana dan sumbangan yang diterima dengan baik, sekaligus mengangkat martabatnya sebagai badan dakwah utama di Malaysia.
KOMEN