Home » Langit Terbuka » Siasatan PMYT hampir selesai – Ahmad Marzuk

Siasatan PMYT hampir selesai – Ahmad Marzuk

Ttindakan susulan akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap wanita dan lebih 1,000 pengikutnya dalam ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto NSTP

KOTA BHARU – Siasatan terhadap Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dijangka selesai tidak lama lagi apabila ia diputuskan bertentangan dengan hukum syarak dan agama Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia hasil daripada Mesyuarat Khas Muzakarah Fatwa Kebangsaan (MFK) minggu lalu yang turut dihadiri oleh beliau bersama mufti yang membincangkan khusus berkenaan ajaran itu.

Katanya, keputusan sudah keluar dan tindakan susulan akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap wanita itu dan lebih 1,000 pengikutnya.

“Hukuman akan diputuskan oleh mahkamah dan wanita itu serta pengikutnya boleh dikenakan penjara dan denda.

“Alhamdulillah, dari segi peringkat kita, hukum ajaran itu bercanggah dengan agama Islam dan bertentangan dengan hukum syarak kerana masyarakat kita ini suka menggunakan jalan pintas untuk masuk ke syurga.

“Saya nasihatkan masyarakat kita supaya kembali kepada ajaran Islam dan al-Quran,” katanya ketika ditemui di Program Penyampaian Bantuan Secara Pandu Lalu Kepada Pelajar Cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sini, pada 18 September.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, sebelum terbabit ajaran itu, wanita berkenaan sudah dinasihatkan oleh suaminya supaya tidak meneruskan ajaran.

“Saya difahamkan, suami wanita itu tidak menjadi pengikut isterinya, sebaliknya pengikut wanita itu adalah dalam kalangan mereka yang dikenali secara dalam talian,” katanya.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *