Home » Langit Terbuka » Siasat, banteras sehingga akar umbi aliran menyimpang Ahli Sunnah Wal Jamaah – PM Anwar

Siasat, banteras sehingga akar umbi aliran menyimpang Ahli Sunnah Wal Jamaah – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat dengan pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hari ini. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Timbalan, Dr Zulkifli Hasan serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. - FB ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mengambil serius perkara yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di negara ini.

Mengetengahkan isu mutakhir yang menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jaamah (ASWJ), Perdana Menteri berkata, ia menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh pihak berkuasa.

Beliau menegaskan demikian dalam pertemuan dengan pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini untuk berbincang beberapa perkara berkait hal ehwal Islam di Malaysia.

“Platform ini penting, mengambil kira perkembangan mutakhir, khususnya mengenai prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara, yang menagih kebersamaan antara agensi Persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia.

“Pertemuan ini turut menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jaamah, justeru menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh JAKIM dan agensi penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan serius dan bersepadu oleh JAKIM dan agensi penguat kuasa dituntut bagi menyiasat serta membanteras segala bentuk aliran yang menyimpang sehingga ke akar umbi.

“Saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI mengambil serius perkara sebegini yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia.

“Moga Allah melindungi kita dan negara ini daripada sebarang bahaya dan ancaman yang menyimpang dan boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat kita,” katanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *