SESI Ramah mesra dan libat urus delegasi YADIM bersama Atase Pendidikan Negeri-Negeri di Mesir telah berlangsung pada 7 Februari di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, Mesir.
Mengetuai perbincangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Antara Atase Pendidikan Negeri yang hadir pada sesi ramah mesra dan libat urus ini adalah Encik Muhammad Mustaqim Mahmud, Penolong Atase Pendidikan Melaka, Encik Ibrahim Noor Azam, Atase Pendidikan Negeri Sembilan, Encik Fikri bin Karim, Atase Pendidikan Negeri Pahang, Encik Mohammed Tasyreef Mohamad Tarmizi, Atase Pendidikan Negeri Perak dan Encik Muhammad Zuwairi Abu Bakar, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan.
Tidak ketinggalan ialah Encik Muhammad Zulhusni Ab Rasyid, Atase Pendidikan Negeri Selangor dan Encik Muhammad Firdaus Omar, Atase Pendidikan Negeri Johor.
Sesi ramah mesra dan libat urus yang berlangsung selama dua jam telah membincangkan program-program pembangunan mahasiswa dan peningkatan kemahiran di kalangan mereka di Mesir.
KOMEN