KOTA BHARU – “Sekarang seperti kena kanser tahap tiga dan hampir ke tahap empat,”demikian yang cuba digambarkan oleh pemandu bas sekolah di Kelantan mengenai nasib mereka yang terkesan dengan Covid-19.
Mereka memberitahu, banyak syarikat bas yang sudah gulung tikar dan para pemandu bas di negeri ini mengharapkan agar mereka dibantu.
Prihatin dengan nasib golongan ini, Yayasan Dakwah Islmiaha Malaysia (YADIM) Kelantan pada 4 Mac tampil menyantuni mereka menerusi pemberian barangan keperluan harian.
Seramai 100 pemandu bas menerima sumbangan tersebut yang disampaikan Pengarah YADIM Kelantan, Haji Mahadi Awang di sini.
Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif E-Mutiara merangkap Presiden Persatuan pengusaha bas ekspress Kelantan Che Ibrahim Che Ismail.
Penyerahan dilakukan secara pandu lalu bagi mamatuhi SOP mengelakkan penularan Covid-19.
YADIM Kelantan merancang untuk meneruskan lagi program seperti ini pada masa akan datang bagi menyantuni pemandu bas yang terkesan dengan penularan Covid-19. Sudah tujuh siri membantu pemandu bas dilaksanakan YADIM di negeri ini.
KOMEN