SEREMBAN – Aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan oleh warga Penjara Seremban telah berlangsung pada 6 Mei.
.
Program telah dimulakan dari sebelah pagi dengan aktiviti memasak bubur lambuk, Kuiz Covid-19 dan program penerangan, Info On Wheels.
Ia juga diisi dengan acara Qasidah oleh Penghuni Penjara Seremban serta Taklimat Norma Baharu oleh Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad.
Pada sebelah petang pula, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pula mengisi slot Tausiah Ramadan.
Acara kemuncak program ialah Majlis Berbuka Puasa bersama penghuni penjara.
KOMEN