Home » Citra Yadim » Seniman jalanan Sabah terima sumbangan Bank Islam – YADIM

Seniman jalanan Sabah terima sumbangan Bank Islam – YADIM

KOTA KINABALU – Inisiatif menyantuni rakyat di negeri ini diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, kali ini dengan bekerjasama bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Menerusi kerjasama ini, BIMB dan YADIM Sabah pada 10 September menyampaikan sumbangan kepada 40 seniman jalanan bandaraya ini dan asnaf sekitar Penampang.

Kesemuanya terjejas ekoran pandemik Covid-19 yang menyebabkan mereka kehilangan pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Mereka menerima barangan keperluan harian bernilai RM100 dan wang tunai RM150 bagi meringankan beban.

Pengurus Konsumer Negeri Sabah BIMB, Nona Baria Saruddin hadir ke program ini bersama Pengarah YADIM Sabah, Ustaz Muhammad Akmal Othman. Nona Baria mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang terjalin dengan pihaknya.

Dalam pada itu, pada hari yang sama juga, BIMB dan YADIM Melaka turut menyantuni seramai 11 seniman jalanan di Ayer Keroh.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *