Home » Citra Yadim » Seniman jalanan, pesakit kronik terima sumbangan Bank Islam-YADIM Johor

Seniman jalanan, pesakit kronik terima sumbangan Bank Islam-YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Kerjasama menyantuni golongan yang memerlukan antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Kelab Bank Islam diteruskan lagi.

Terbaharu inisiatif ini menyantuni seramai 12 seniman jalanan dan 20 pesakit kronik di sekitar bandaraya ini.

Kesemuanya menerima tunai RM150 dan barangan keperluan harian bernilai RM100.

Majlis ringkas serahan dihadiri oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah, Pengurus Wilayah Selatan Bank Islam, Haji Abdullah Ibrahim, Pengurus Konsumer Negeri Johor Bank Islam, Ikhawan Saidul Abidin, Pengurus Deposit Negeri Johor Bank Islam, Ikhmal Hadi Ibrahim dan Pengurus Perniagaan Cawangan Bank Islam, Faris Mazlan.

Selesai acara simbolik sumbangan, urusetia program kemudiannya meziarahi seramai empat pesakit kronik di kediaman mereka bagi menyampaikan sumbangan.

Sebelum ini, gandingan bersama Bank Islam dan YADIM telah menyantuni pelbagai pihak di Kuala Lumpur, Sabah, Terengganu dan Melaka.

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *