PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu menghormati dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengenai larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika ditemui media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini berkata soal kebenaran memberi kuliah atau ceramah itu adalah terpakai kepada semua pihak termasuk dirinya.
Menurutnya, beliau akan mengelak untuk memberikan tazkirah atau ceramah di masjid, jika dijemput bagi menghormati larangan tersebut.
KOMEN